Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

GLC Sime Darby digesa bantu naik taraf SK Ladang Tiger

5:01pm 23/10/2016 Leolerry Lajius 103 views Tempatan

 

Tawau : Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat menggesa syarikat GLC Sime Darby supaya membantu pihak Sekolah Kebangsaan Ladang Tiger, Tawau untuk menaik taraf kemudahaan sekolah tersebut.

 

Jelas beliau, Sekolah Kebangsaan Ladang Tiger Tawau berada  di dalam kawasan peladangan syarikat gergasi tersebut dan tidak wajar jika mereka ‘terlepas pandang’ dengan keadaan sekolah itu yang perlu diberi perhatian.

 

“Saya minta Sime Darby supaya melihat sendiri sekolah tersebut, dan sekolah itu memerlukan bantuan, lagi pun sekolah itu terletak dalam perladangan Sime Darby,” ujar Hamisa.

 

Hamisa berkata demikian semasa merasmikan Temasya Sukan kali ke 4 Sekolah Kebangsaan Ladang Tiger, Tawau di sini hari ini.

 

Menurut Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat turut mengalu-alukan pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM600 juta untuk Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah di seluruh negara.

 

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah tersebut RM250 juta untuk Sekolah Kebangsaan (SK), RM50 juta bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan RM50 juta untuk Sekolah Mubaligh.

 

“Saya juga meminta Jabatan Pendidikan Sabah dapat mengambil perhatian sekolah ini, dan di harapkan ada pegawai pendidikan daerah dapat datang dan melihat sendiri keadaan SK Ladang Tiger. Tawau.

 

“Kita berharap dengan kemudahan yang lebih baik di sekolah, ia akan membantu dalam memotivasikan pihak sekolah dan pelajar sekali gus meningkatkan pencapaian mereka,” jelasnya.

 

Hamisa berkata, penglibatan ibu bapa dan komuniti amat penting dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar ke tahap yang lebih tinggi.

 

“Selain kurikulum di sekolah, kita berharap untuk melihat kerjasama yang lebih erat antara ibu bapa dan ahli komuniti dalam membantu memantau keperluan pihak sekolah dan pelajar,” katanya.

 

Tambah beliau aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta.

 

Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali silaturahim dan muhibah ujarnya./SayangSabah

Hamisa beramah mesra dengan murid-murid sekolah yang mengambil bahagian dalam temasya tersebut.

Hamisa beramah mesra dengan murid-murid sekolah yang mengambil bahagian dalam temasya tersebut.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan