Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GLC Milik Sabah Perlu Cekap, Elak Pembaziran -Musa

Datuk Seri Musa Aman
Datuk Seri Musa Aman

TAWAU : Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan Sabah dan anak syarikatnya perlu terus cekap mengurus dan mengelak pembaziran bagi meraih lebih banyak keuntungan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata, perkara itu perlu diberi penekanan agar kejayaan serta kecemerlangan syarikat berada di landasan terbaik setiap tahun, sekali gus memberi pulangan lumayan kepada kerajaan.

“Kita sedia maklum keadaan cuaca sekarang tidak menentu dan hasil pun kurang tetapi pastikan pengurusan yang lebih cekap supaya tiada pembaziran dan tanaman dibaja secukupnya supaya sihat dan mengeluarkan buah bermutu tinggi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Sabah Softwoofd Berhad (SSB) berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pejabat Oil Palm Central (SSB) di sini, hari Sabtu.

Mengulas mengenai bangunan pejabat berkenaan Musa berkata, ianya akan memudahkan pengurusan syarikat menjalankan tugas dengan lebih berkesan sekali gus meningkatkan produktiviti pekerja.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marhaban dan anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh turut hadir pada majlis itu.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan