Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

“Glaucoma” penyakit mata tanpa petanda

5:55pm 08/11/2015 Leolerry Lajius 29 views Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid

KOTA KINABALU: Dua daripada 100 orang yang berusia 40 tahun ke atas boleh menghidap “Glaucoma” iaitu satu penyakit gangguan penglihatan yang boleh menyebabkan kebutaan tanpa apa-apa petanda.

Sehubungan dengan itu, Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid menyeru agar masyarakat sentiasa menitikberatkan kesihatan mata dan sentiasa menjalani pemeriksaan.

“Masyarakat harus sentiasa berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan untuk mengelakkan penyakit yang tidak menunjukkan sebarang tanda seperti “Glaucoma” menjadi semakin parah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis “World Sight Day” yang bertujuan memberikan kesedaran mengenai masalah penglihatan dengan tema pada tahun ini ‘Eye Care For All” anjuran Lions Clubs dengan kerjasama Hopital Queen Elizabeth dan Persatuan Orang Buta Sabah yang turut menawarkan pemeriksaan mata secara percuma  di Oceanus Waterfront Mall pagi tadi. –Oleh Leolerry/Sayangsabah

 Datuk Hajah Jainab berucap pada majlis tersebut

Datuk  Jainab berucap pada majlis tersebut

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan