Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GIMNASTIK:PEMILIHAN IKUT PRESTASI KOMANWEL

gimnastik malaysia

PEMILIHAN pasukan gimnastik artistik ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September ini ditentukan melalui prestasi gimnas pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.

Atlet gimnastik artistik kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi berkata skuad ke Korea Selatan masih belum ditentukan lagi.

“Mungkin dalam masa terdekat ini kita akan tahu siapa yang akan mewakili negara ke Sukan Asia berdasarkan prestasi peribadi para gimnas.

“Kami telah dimaklumkan tentang hal ini sebelum ke Glasgow,” katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang hari ini.

Pada Sukan Asia 2006 di Doha, skuad gimnastik negara hanya mampu menyumbang satu pingat perak menerusi Ng Shun Wei dalam acara gimnastik artistik.

Sementara itu, mengulas mengenai prestasi skuad gimnastik artistik pada Sukan Komanwel, Farah Ann berkata sebagai sebuah pasukan mereka telah melakukan yang terbaik.

“Walaupun kami tidak meraih sebarang pingat tetapi saya berpuas hati dengan usaha yang telah ditonjolkan oleh para gimnas lain,” katanya.

Malaysia pernah meraih pingat emas menerusi acara gelung individu dan dua gangsa dalam acara tali serta individu keseluruhan, ketiga-tiganya hasil sumbangan Elaine Koon pada Sukan Komanwel di New Delhi. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan