Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Giliran IS jadi mangsa

GAMBAR didakwa menunjukkan seorang tahanan IS dicampak dari sebuah menara di Tikrit.
GAMBAR didakwa menunjukkan seorang tahanan IS dicampak dari sebuah menara di Tikrit.

Baghdad : Gambar dan video yang menunjukkan tentera Iraq dan militan Syiah mendera dan memenggal tahanan militan Negara Islam (IS) sebagai tindakan membalas dendam kini mula tersebar.

Gambar itu dimuat naik ke media sosial sejak beberapa hari lalu, dipercayai oleh komando tentera Iraq yang dilatih tentera Amerika Syarikat yang kini hanya menanti masa untuk menawan semula kubu kuat IS di Tikrit.

Satu akaun Instagram mengguna nama Iraqi_lion18 memuatnaik beberapa gambar menunjukkan militan yang didakwa IS dipenggal.

Pemilik akaun itu berikrar membalas dendam terhadap tindakan IS membunuh ratusan kadet tentera di Kem Speicher, pangkalan berhampiran Tikrit, Jun lalu.

Gambar itu yang dibongkar ABC News muncul selepas pemimpin militia Syiah yang membantu tentera Iraq dalam serangan di bandar kelahiran Saddam Hussein itu berkata, ia peluang mereka untuk membalas dendam.

Akaun lain menunjukkan seorang lelaki dengan tangan diikat ke belakang dicampak dari sebuah menara dan sekumpulan lelaki dipercayai komando Iraq dan ‘Briged Emas’ mengelilingi seorang suspek IS yang ditarik dengan tali.

Setakat ini, sumber gambar itu tidak dapat disahkan, begitu juiga dengan tarikh ia ia dirakam.

Bagaimanapun, menurut beberapa tokoh tentera, pakar hak asasi manusia dan politik, ia membuktikan jenayah perang yang berleluasa di Iraq.

Bekas komando tentera Amerika Syarikat Lt Kolonel (B) James Gavrilis memberitahu ABC News, dia percaya gambar itu bukan propaganda IS.

Selepas ditunjukkan gambar itu, jurucakap tentera Iraq Jeneral Saad Maan berkata, siasatan akan dilancarkan.

“Tidak ada apa yang hendak disembunyikan,” katanya.

Minggu lalu, ulama Sunni di Baghdad menggesa kerajaan Iraq menghalang militan Syiah yang membantu tentera memerangi IS di Tikrit daripada membalas dendam.

Dalam khutbah Jumaatnya, Sheikh Abdel Sattar Abdul Jabbar memetik laporan mengenai militan Syiah membakar kediaman penduduk Sunni ketika melancarkan serangan di Tikrit.- Harian Metro Online

Komen


Berita Berkaitan