Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gila kumpul mayat curi dari kubur

Anggota forensik mengeluarkan mayat yang ditemui ditanam berhampiran rumah seorang lelaki di Gdansk, Poland. FOTO CEN

 

Warsaw: Polis bingung dengan perbuatan seorang lelaki menggali satu perkuburan dan melarikan sembilan mayat sebelum menanam semula mayat berkenaan dalam kubur buatan sendiri berhampiran rumahnya di Gdansk, Poland.

Lelaki berusia 54 tahun itu, Dariusz R, yang dipercayai mengalami masalah mental mencuri mayat berkenaan sejak dua tahun lalu, yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan membawanya pulang menggunakan pengangkutan awam.

Menurut laporan media negara itu, dia yang membina tanah perkuburan sendiri, turut memasang batu nesan pada kubur mayat yang dicuri itu sebelum perbuatan peliknya dikesan November lalu.

Rakaman video menunjukkan polis menggali semua kubur itu dan menahan Dariusz.

Daily Mail bagaimanapun melaporkan, polis sukar untuk menjelaskan motif lelaki berkenaan, namun menyatakan Dariusz pernah menerima rawatan psikiatri walaupun masih bekerja.

“Kami mendapatkan nasihat ramai pakar bagi mencari kaitannya dengan kejadian ini. Namun, lelaki itu berkelakuan seperti biasa.

“Ia amat sukar difahami dan tidak masuk akal,” kata timbalan komander Polis Gdansk, Ewa Pachura.

Dariusz yang didakwa merosakkan kubur dan mencuri mayat selama dua tahun sejak 2016, berdepan hukuman penjara lapan tahun, namun pihak pendakwa raya memutuskan untuk tidak meneruskan hukuman itu memandangkan dia kurang siuman.

“Pakar mengesahkan dia gila dan tidak mempunyai kemampuan untuk mengetahui kesalahannya.

“Berdasarkan peruntukan undang-undang, dia tidak melakukan kesalahan jenayah,” kata Grazyna Wawryniuk dari Pejabat Pendakwa raya Daerah. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan