Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Gila’ hati panas

bakar diri

SIBU : Berang rumahnya dimasuki pencuri, seorang lelaki cuba membakar diri bersama seorang penjenayah yang ditangkap dalam kenderaan di tempat letak kereta di Jalan Jerrwit Barat, kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian 12 tengah hari, penjenayah serta mangsa bernasib baik kerana diselamatkan orang awam yang kebetulan berada tidak jauh dari lokasi kejadian.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa berusia 47 tahun menerima panggilan salah seorang jiran memaklumkan ternampak kelibat dua lelaki tidak dikenali berada dalam rumahnya.

“Sejurus menerima panggilan itu, mangsa bergegas pulang ke rumah dan cuba mencekup penjenayah terbabit.
“Mangsa berjaya menangkap seorang suspek berusia 48 tahun manakala rakan subahat suspek berusia 35 tahun sempat melarikan diri,” katanya.
Sumber berkata, suspek kemudian dibawa masuk ke dalam rumah dengan mangsa meminta suspek memujuk rakannya supaya menyerah diri.

“Bagaimanapun, rakan subahat suspek tidak kembali selepas dua jam menyebabkan mangsa naik angin.

“Suspek memberitahu kereta, Proton Gen 2 milik rakannya diparkir kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian, mangsa kemudian membawa suspek ke kereta lalu mengambil kertas dan pemetik api kemudian membakar kenderaan berkenaan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan