Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,797

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gigit suami kerana iklan

9:36am 10/01/2016 Pak Roshan 556 views Global
BRANDI dan Ethan.

BRANDI dan Ethan.

Kentucky (Amerika Syarikat): Seorang wanita menggigit muka suaminya ketika bertengkar mengenai sama ada aktres Hilary Duff muncul dalam iklan yang mereka lihat di televisyen.

Polis berkata, Brandi Lester, 26, ditangkap minggu lalu atas tuduhan menyerang berikutan pertelingkahan dengan suaminya Ethan.

Ethan memberitahu polis, dia cuba mencium isterinya di dahi untuk mengakhiri pertengkaran mereka tetapi wanita itu menggigit mukanya.

Polis tiba di rumah pasangan itu selepas menerima laporan.

Ehan berkata, dia dan Brandi yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan mereka bertengkar selepas berkata dia melihat Hilary dalam iklan yang mereka tonton di televisyen. Tetapi Brandi menyangkalnya.

Dia menelefon polis selepas pertengkaran itu betambah serius dan mukanya cedera selepas digigit wanita itu.

Dalam wawancara dengan wartawan kelmarin, Ethan berkata, isterinya bukanlah ganas dan dia sepatutnya tidak ditangkap.

Menurut lelaki itu, mungkin keadaan sukar yang dihadapi keluarganya menyebabkan Brandi tertekan dan mengamuk.

“Seperti pasangan lain, kami juga bergaduh.

“Tetapi, kini keadaan sukar. Saya menganggur dan masih mencari pekerjaan. Mungkin kerana masalah kewangan menyebabkan Brandi cepat mengamuk,” kata Ethan.

Pasangan itu tidak dibenarkan berhubung sehingga kes mereka dibicarakan Mac depan. –  Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan