Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GiatMara berjuang mendidik anak bangsa-Jaujan

Jaujan (barisan hadapan, tengah) bersama Zulkifli (kanan Jaujan) bergambar kenang-kenangan bersama pelatih dan tenaga pengajar GiatMara.
Jaujan (barisan hadapan, tengah) bersama Zulkifli (kanan Jaujan) bergambar kenang-kenangan bersama pelatih dan tenaga pengajar GiatMara.

KOTA KINABALU: GiatMara akan terus berjuang untuk mendidik anak bangsa agar standing dengan bangsa lain di negara ini, kata Pengerusinya Dato’ Dr. Haji Jaujan Haji Sambakong.

Katanya, GiatMara merupakan institusi latihan kemahiran yang diamanahkan untuk melatih anak-anak muda di dalam dan di luar bandar agar kompeten dan setanding dengan bangsa lain di Malaysia.

Menurutnya, latihan praktikal secara ‘hands on’ di semua GiatMara menjadikan ia  sebagai agensi latihan kemahiran yang terkemuka di Malaysia.

“Kejayaan GiatMara memang terserlah dengan peningkatan kemajuan sejak di tubuhkan pada tahun 1986,  kini telahpun wujud sejumlah 232 GiatMara seluruh Negara”, katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kenderaan Terpakai “Reduce Reuse and Recyle”(3R) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada GIATMARA Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di GIATMARA Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam.

Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi  (StaRT) Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah telah menyerahkan sebanyak 9 buah kenderaan dan 4 buah motosikal  terpakai kepada GiatMara Pulau Pinang  untuk pembelajaran pelatih.

Jaujan berkata, walaupun GiatMara  mendidik anak-anak bangsa yang kelayakannya hanya 3M (boleh Membaca, Menulis dan Minat), namun telah ramai yang menjadi tenaga kerja mahir, menjadi rebutan pihak industri dan ramai juga yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Sehingga kini terdapat seramai 620 orang usahawan yang Berjaya dilatih.

Katanya, GiatMara yang ditubuhkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) mula bertapak di Negeri Pulau Pinang pada tahun 1986 dan sehingga kini  mempunyai 14 buah GiatMara yang beroperasi di semua kawasan Parlimen di negeri itu.

Menurutnya, pada masa kini terdapat 19 kursus yang di tawarkan oleh GiatMara di Negeri Pulau Pinang seperti Teknologi Automotif, Teknologi Motosikal, Fashion & Dressmaking, Masakan & Pramusaji dan pelbagai kursus yang lain.

Beliau menarik perhatian, sehingga kini terdapat 9 buah GiatMara seluruh Malaysia yang beroperasi di tanah hak milik Polis termasuk  dua di Pulau Pinang iaitu GiatMara Sg.Bakap dan Nibong Tebal.
Jaujan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan berkata, dengan penyerahan sumbangan kereta dan motosikal kepada GiatMara, proses latihan akan menjadi semakin lancar dan pelajar akan lebih kompeten.

“Pelatih berpeluang membaiki kereta secara ‘real’ dan ‘hands on’ dan ini dapat memenuhi kehendak dan keperluan industri dan pekerjaan. Tidak semua GIATMARA di Pulau Pinang mempunyai kereta untuk bahan latihan.

“Sumbangan ini amatlah bermakna untuk sesi Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) di GiatMara dan dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir di negara ini”, tegasnya.

Beliau berharap agenda utama kerajaan untuk mengarusperdana latihan kemahiran di negara ini demi mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dapat dicapai dengan adanya pakatan strategik seperti itu.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan