Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Giat Mara menang anugerah Tangan Emas PM 2014

 Muhyiddin (empat dari kiri) bersama Joujan (tiga dari kiri) bergambar bersama pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri yang mewakili GiatMara di majlis itu
Muhyiddin (empat dari kiri) bersama Joujan (tiga dari kiri) bergambar bersama pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri yang mewakili GiatMara di majlis itu

KOTA KINABALU: Giat Mara Malaysia (GiatMara) berjaya memenangi dua kategori Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2014 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Selangor, Khamis lalu.

Anugerah itu ialah Kategori Pengajar oleh En. Mohd.Khairul Azhar  Mat Nasir (GiatMara Kubang Pasu, Kedah) menerusi bidang Automobile Technology dan Kategori Belia oleh Muhammad Hafiz bin Rohani (GIATMARA Tasek Gelugor Pulau Pinang), Bidang : Electrical Installation.

Mereka masing-masing menerima trofi tangan emas, wang tunai RM10 ribu dan sijil.

Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2014 telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd.Yassin.

Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri merupakan pengiktirafan tertinggi kepada pemenang Pertandingan Kemahiran Malaysia dan Pertandingan MySkills.

Pengerusi Giat Mara, Dato’ Hj.Jaujan Hj.Sambakong berkata, anugerah itu membuktikan Giat Mara merupakan institusi kemahiran yang diiktiraf  dapat melahirkan ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi untuk keperluan negara.-Sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan