Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Giat cari mangsa

PASUKAN penyelamat berusaha mencari pekerja yang terperangkap dalam runtuhan bumbung kilang di Mongla, Bangladesh, semalam.
PASUKAN penyelamat berusaha mencari pekerja yang terperangkap dalam runtuhan bumbung kilang di Mongla, Bangladesh, semalam.

Dhaka : Pasukan penyelamat semalam meneruskan gerakan mencari mangsa di bawah runtuhan kilang yang roboh kelmarin.

Sekurang-kurangnya tujuh orang disahkan terbunuh dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan itu jauh lebih kecil berbanding 100 orang, anggaran awal yang dibuat pihak berkuasa.

Tentera dan pelaut di bandar pelabuhan Mongla membantu pasukan perkhidmatan kecemasan menyelamat dan mencari dan berjaya menarik keluar hampir 50 mangsa yang terselamat dan dua lagi mayat.

“Kebanyakan mereka dalam bangunan itu sudah diselamatkan tetapi operasi mencari akan diteruskan sehingga mangsa terakhir ditemui,” kata pegawai kanan daerah Mohammad Shah Alam Sardar.

Sebaik kemalangan itu, polis menganggarkan 100 orang terperangkap. Tetapi, menurut Mohammad Shah, jumlah itu jauh lebih rendah.

“Kami percaya hanya beberapa mayat masih lagi berada di bawah runtuhan itu,” katanya.

Pegawai berkata, 30 pekerja cedera.

Kilang itu diuruskan anak syarikat tentera Bangladesh masih dalam pembinaan di bandar itu, 335 kilometer ke barat daya Dhaka apabila ia runtuh.

Punca kejadian masih disiasat. Menurut seorang mangsa yang terselamat, bumbung itu runtuh dulu, membayangkan ia mungkin disebabkan perancah yang didirikan tidak betul.

Bangladesh mempunyai rekod buruk mengenai keselamatan pembinaan.

Sebuah kompleks kedai dan kilang kecil runtuh pada 2013, menyebabkan lebih 1,130 orang terbunuh, kebanyakannya pekerja kilang kain.-AFP

Komen


Berita Berkaitan