Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Giant siasat dakwaan ayam tidak disembelih

ayamtbuk

SHAH ALAM – Pasar raya besar Giant sedang menyiasat dakwaan berkaitan gambar yang disebar secara meluas dalam internet menunjukkan terdapat kesan tebuk pada leher ayam yang didakwa dijual pasar raya itu yang dipercayai tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Seorang pegawai pasar raya itu ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya amat mengharapkan pengirim gambar itu tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

“Kami sudah cuba menghubungi pengirim gambar berkenaan melalui Facebook tetapi tiada jawapan. Individu berkenaan juga telah mengesahkan melalui komen pada gambar tersebut bahawa ayam itu tidak dibeli di pasar raya Giant tetapi di kedai runcit,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya juga mahu pengirim gambar itu menyerahkan pembalut ayam itu yang mengandungi maklumat pembekal kepadanya bagi memudahkan siasatan.

Ujarnya, Giant juga melakukan pemeriksaan terhadap semua pembekal yang membekalkan ayam dan mendapati kesemua mereka mematuhi peraturan  ditetapkan.

“Kami tidak mahu ada masalah dengan mengambil ayam yang tidak disembelih dengan betul kerana pembeli kami kebanyakannya Islam,” katanya.

Kelmarin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan ada pasar raya menjual ayam yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memeriksa pasar raya itu dan mendapati ayam yang dijual adalah halal dan mematuhi syarak.

“Kita dapati pembekal ayam ke pasar raya itu (Giant) kesemuanya adalah pemegang sijil halal yang sah dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul,” katanya.

 

Komen


Berita Berkaitan