Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gesaan Campur Tangan Asing Mahathir, Tindakan Terdesak

9:19am 10/04/2016 Pak Roshan 210 views Isu Semasa,Mutakhir
Datuk Seri Salleh Said Keruak

Datuk Seri Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pihak luar mencampuri urusan dalaman negara ini sebagai suatu tindakan terdesak.

Katanya beliau berharap bekas perdana menteri itu tidak sengaja mencari sebab supaya dirinya ditangkap dengan tujuan meraih simpati orang ramai apabila Dr Mahathir memberitahu akhbar Australia, The Weekend Australian, bahawa harapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur adalah tipis sekiranya tidak mendapat tekanan pihak luar.

“Perkembangan terbaharu ini sungguh mengejutkan dan saya amat terperanjat Dr Mahathir sanggup mencadangkan perkara itu.

“Semasa Dr Mahathir menjadi perdana meteri dahulu, sekiranya mana-mana negara atau kerajaan asing berkata sesuatu tentang Malaysia, Dr Mahathir akan membalas dan memberitahu mereka bahawa mereka tidak berhak untuk mencampuri hal-ehwal dalaman Malaysia,” kata Salleh dalam catatan terbaru melalui blognya (sskeruak.blogspot.com).

Salleh berkata ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, mana-mana aktivis politik tempatan yang bekerjasama dengan kerajaan asing untuk mengkritik Malaysia akan ditahan atas alasan melakukan pengkhianatan. “Orang berkenaan akan ditahan atas alasan melakukan pengkhianatan dan bekerjasama dengan kuasa asing untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.

“Sekarang, Dr Mahathir berkata matlamat menghalalkan cara dan kita perlu melakukan apa sahaja yang mungkin asalkan kita dapat mencapai objektif kita untuk menjatuhkan perdana menteri, walaupun di luar proses Perlembagaan,” katanya.

Salleh berkata: “Tiada seorang pemimpin pun yang selamat sekiranya kita mengajak kuasa luar campur tangan dalam perkara dalaman negara hanya untuk menggulingkan seorang pemimpin.” – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan