Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gesa haram penghinaan agama

PENIAGA Pakistan mengadakan tunjuk perasaan mengecam majalah Charlie Hebdo di Lahore, semalam.
PENIAGA Pakistan mengadakan tunjuk perasaan mengecam majalah Charlie Hebdo di Lahore, semalam.

Doha: Sebuah pertubuhan Islam terkemuka semalam menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengharamkan amalan ‘menghina agama’ dan menggesa Barat melindungi masyarakat Islam berikutan serangan ke atas majalah satira Perancis Charlie Hebdo.

Kesatuan Cendekiawan Islam Antarabangsa yang berpejabat di Qatar dan diketuai ulama berpengaruh Yusuf al-Qaradawi juga merayu umat Islam meneruskan bantahan secara aman berkait dengan penerbitan karikatur Nabi Muhammad SAW.

Karikatur terbaru Nabi Muhammad SAW yang diterbitkan Charlie Hebdo minggu lalu mencetuskan kemarahan umat Islam, menyebabkan tunjuk perasaan diadakan di beberapa negara di Asia, Afrika dan Asia Barat.

Dalam kenyataannya semalam, kesatuan itu berkata, ‘nabi’ sepatutnya dilindungi dan menggesa negara Islam mengemukakan deraf undang-undang kepada PBB untuk mengharamkan amalan menghina agama.

Badan dunia itu pula perlu menggubal undang-undang menjadikan perbuatan menghina agama, nabi dan semua kawasan suci satu jenayah.

Ia turut menggesa Barat melindungi masyarakat Islam daripada serangan, sama ada mereka warganegara, pemastautin atau pelawat.

Menurutnya, terbitan terbaru Charlie Hebdo yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW memberi gambaran bahawa Barat menentang Islam. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan