Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gerila selongkar bagasi MH17

570324-9b997e70-1077-11e4-ae81-95568c4ed36e-600x360

London: Rakaman video yang diperolehi News Corp Australia menunjukkan sekumpulan pemberontak Ukraine menyelongkar bagasi penumpang MH17 sebaik pesawat Penerbangan Malaysia itu terhempas dan terbakar.

Dalam video itu, kumpulan pemberontak Ukraine disokong Russia itu yang percaya mereka menembak jatuh pesawat pengangkut tentera Ukraine, berjalan mengharungi serpihan pesawat yang berkecai sambil menyelongkar bagasi.

Rakaman yang dirakam pemberontak itu menunjukkan mereka menghampiri bangkai pesawat dan beberapa minit kemudian menyedari pesawat yang ditembak itu ialah pesawat penumpang.

Dalam video itu terdengar ketua kumpulan itu bercakap melalui telefon: “Ya, ada banyak mayat, wanita … Bagaimanapun perlu berurusan dengan Vinograbov…”

Ketua itu kemudian mengarahkan anggotanya membuka bagasi untuk membuat pemeriksaan dan mengumpul barangan.

Ketika mereka terus meninjau lokasi kejadian, seorang anggota pemberontak boleh didengar berkata: “Lihat, mereka rakyat asing, Malaysia..” apabila dia menunjukkan tag nama miliki anak kapal penerbangan itu.

“Siapa yang membuka ruang udara untuk mereka terbang di sini?” kata seorang pemberontak lain.

Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu pada 17 Julai tahun lalu, membunuh semua penumpang dan anak kapal.

Ketua berkenaan yang dipanggil komander boleh didengar dalam rakaman mengarahkan agar rakaman berkenaan tidak menunjukkan muka mereka.

Dia kemudian mengarahkan pasukannya menghalang kawasan itu daripada dimasuki sesiapa sambil mereka mencari kotak hitam pesawat.

Rabu lalu, ketua pemberontak Ukraine yang disokong Russia, Igor Girkin, disaman AS$900million (RM3.4 bilion) oleh keluarga mangsa yang meninggal dunia.

Girkin didakwa terbabit secara langsung menembak jatuh pesawat itu kerana menyiarkan kenyataan melaui Twitter sebaik kejadian mendakwa anggotanya menembak jatuh pesawat pengangkut tentera Ukraine di kawasan itu iaitu Antonov-26. Tweet itu kemudian dipadam. – Daily Mail/HMetro

Komen


Berita Berkaitan