Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gergaji cucu

Manuela
Manuela

Chicago: Seorang wanita didakwa membunuh cucunya berusia tujuh bulan dengan memotong leher mangsa menggunakan gergaji mesin.

Polis berkata, Manuela Rodriguez, 52, menyumbat mulut cucunya, Rose Herrera dengan stokin dan memukul mangsa sehingga mati sebelum menggergaji leher kanak-kanak itu.

Manuela dilaporkan membunuh cucunya pada Isnin lalu kerana mangsa tidak berhenti menangis.

Pejabat pendakwa raya memberitahu, Manuela bakal didakwa atas tuduhan membunuh kelas pertama.

Laporan bedah siasat juga mendapati bayi berkenaan meninggal dunia sebelum lehernya digergaji.

Mangsa kemungkinan mati akibat dipukul di bahagian kepala menggunakan objek tumpul dan mungkin lemas selepas mulutnya disumbat dengan stokin.

Manuela yang dilaporkan cuba membunuh diri selepas serangan itu dibawa ke sebuah hospital untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut pejabat pendakwa raya, wanita itu dibawa ke mahkamah semalam untuk didakwa atas tuduhan membunuh.

Mayat mangsa ditemui berlumuran darah oleh sekumpulan anggota polis di sebuah rumah di Little Village di sini kira-kira pukul 9.40 pagi (waktu tempatan) snin lalu.

Pegawai penyiasat percaya suspek menyumbat stokin ke dalam mulut kanak-kanak itu untuk memaksa dia berhenti menangis.

Suspek kemudian mengambil gergaji mesin dan menggergaji bayi berkenaan.-AFP

Komen


Berita Berkaitan