Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gereja musnah dalam kebakaran

10:44am 15/08/2016 Leolerry Lajius 84 views Tempatan

BELURAN: Sebuah gereja musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Kuala Sapi, di sini, kelmarin.

Gereja jenis separuh kekal yang berukuran 70 kaki lebar dan 40 kaki panjang itu musnah dalam kejadian berkenaan.

Pihak bomba menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 7.22 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 74 kilometer itu pada jam 8.29 pagi.

Pihak bomba menggunakan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 200’2 pancutan dan mendapatkan sumber air dari tangki jentera untuk memadam kebakaran.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Abd Majid Damang bersama 11 anggota yang lain terkawal pada jam 9.12 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan