Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Geran Komunal diganti kepada Geran Individu

KOTA KINABALU: Pengeluaran geran komunal atau pemilikan tanah secara berkelompok akan digantikan dengan pendekatan baharu iaitu pengeluaran geran individu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pembaharuan tersebut membolehkan perlindungan ke atas hak pemilik-pemilik tanah agar kelak tidak memberi masalah tuntutan yang bertindih.

Katanya, kerajaan negeri telah melulus dan menggariskan empat pendekatan baharu yang memberi hak-hak perlindungan kepada pemilik tanah anak negeri.

“Pertama, geran individu kita akan beri dan letak kepada nama yang sepatutnya dan pemilik memperolehinya atas nama sendiri.

“Kedua, apabila pengeluaran geran individu, usahasama boleh diteruskan namun tertakluk kepada rundingan semula ke atas syarat-syarat usahasama.

“Maknanya, kalau ada perjanjian terdahulu di antara usahasama yang dilakukan oleh pemilik tanah perlu disusun semula tetapi mereka hanya perlu berhadapan dengan individu sahaja,” katanya dalam sesi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, petang tadi.

Tambah Shafie, perkara ketiga adalah bagi geran individu yang diperolehi, pemilik tidak boleh mencagar tanah ke bank dan keempat, pemilik geran individu tidak diberi kuasa perundangan dalam urusan jual beli tanah (power of attorney).

“Ini merupakan antara pembaharuan serta langkah-langkah yang dilakukan dan untuk yang lebih lanjut mengenai perkara-perkara ini akan saya umumkan bila menjelang 100 hari nanti,” jelas beliau./Penerangan-

Shafie ketika sidang media berkenaan. -Gambar ihsan PENERANGAN

Komen


Berita Berkaitan