Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Geran Kenderaan Bertukar Wajah Mulai Hari Ini

8:06pm 01/06/2016 Pak Roshan 4334 views Mutakhir,Nasional

13325567_848353998603069_725363743636128690_n

SEMUA pemilik kenderaan bakal menggunakan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 1 Jun 2016.

Menurut JPJ, pengenalan VOC masih lagi merupakan suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.

Bagaimanapun, dalam usaha untuk memudahkan urusniaga dengan JPJ, VOC yang diperkenalkan ini tidak lagi digunakan sebagai dokumen atau instrumen bagi urusan seperti Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik, atau Pindaan Maklumat.

Di mana VOC tidak mengandungi cetakan rekod urusniaga seperti mana yang terdapat dalam RC. Justeru, semakan data hanya boleh dilakukan secara terus menerusi pangkalan data JPJ atau MySikap.

Terdapat tiga fasa yang akan dilaksanakan, selain pengenalan VOC yang membabitkan Fasa 1 iaitu ia dikeluarkan kepada pemilik pendaftaran kenderaan dan pemilik baharu bagi proses tukar hak milik kenderaan.

Manakala Fasa 2 yang bakal diimplementasi mulai 1 September 2016 iaitu VOC akan dikeluarkan kepada pemilik yang membuat pembaharuan cukai jalan dan pemilik yang membuat pindaan atau pembetulan maklumat kenderaan.

Bagi Fasa 3 pula, ia bakal dilaksanakan mulai 1 Januari 2017, di mana VOC akan dikeluarkan kepada pemilik yang hadir ke JPJ (secara sukarela) bagi menggantikan Kad pendaftaran Kenderaan (RC).

Dengan pelaksanaan VOC ini, JPJ mensasarkan, menjelang 1 Januari 2020 semua pemilik kenderaan berdaftar telah melaksanakan penggantian RC kepada VOC.

Dalam masa yang sama, sistem penyampaian perkhidmatan melalui transaksi atas talian juga bakal diperluaskan serta dilaksanakan dengan lebih mudah dan pantas. -MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan