Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,812

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gerakkan amalan gotong-royong sekat penularan wabak zika-Rosnah

9:04am 11/09/2016 Leolerry Lajius 21 views Kota Kinabalu,Tempatan

PAPAR :  Para pemimpin masyarakat dan persatuan digesa menggerakkan gotong-royong membersihkan kawasan masing-masing bagi menyekat penularan wabak zika.

Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata langkah tersebut penting untuk mencegah penyakit yang mengancam kesihatan, malah boleh membawa maut.

“Walaupun belum ada kes zika di Papar, namun masyarakat perlu mangambil langkah-langkah pencegahan dengan menjaga kebersihan di dalam dan luar rumah termasuk kawasan sekitar.

“Kita menggesa ketua kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Rukun Tetangga dan persatuan belia agar giat mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan masing-masing.

“Seperti yang kita tahu, zika merupakan ancaman kesihatan yang mampu meragut nyawa dan ibu mengandung adalah golongan yang berisiko.

“Oleh itu, kita menasihatkan para ibu agar sentiasa menjaga kesihatan dan segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya mengalami simpton wabak berkenaan,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Binatang Korban Sempena Sambutan Aidil Adha di Masjid Pekan Papar, pada Sabtu.

Dalam perkembangan berkaitan,
Pejabat Kesihatan Daerah juga komited untuk memperhebat kempen kesedaran zika bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat.

Pegawai Kesihatan II, Dr Shameer Khan berkata pihaknya mengunakan kaedah serta pendekatan yang sama dengan wabak dengi memandangkan vektor atau pembawa bagi kedua-dua penyakit itu adalah sama iaitu nyamuk.

“Laporan media mengenai kes zika di Sabah telah mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat di sini.

“Sebenarnya, wabak zika dibawa oleh vektor yang sama dengan denggi iaitu nyamuk, jadi kaedah pencegahan pun sama sahaja.

“Di peringkat kita, walaupun setakat ini belum ada kes zika yang dilaporkan, kita menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa dan mengarahkan semua klinik  supaya berwaspada serta mengenalpasti simpton-simpton zika.

“Di samping itu, kita juga telah mengedarkan risalah-risalah berkaitan zika di semua klinik termasuk klinik ibu dan anak untuk meningkatkan kesedaran orang ramai,” ujarnya.

Tambahnya, statistik denggi sehingga September tahun ini mencatatkan 27 kes dan Taman Perumahan Lok Kawi dikenalpasti sebagai ‘hot spot’ wabak berkenaan.

“Kita berjaya menurunkan kes denggi pada tahun ini iaitu 27 kes sehingga September, berbanding 40 kes pada tahun lalu.

“Ini bermakna kempen memerangi denggi perlu diperhebatkan lagi sekaligus mencegah wabak zika,” jelasnya.

Minggu lalu, masyarakat negara ini dikejutkan dengan kes zika yang pertama melibatkan maut dan mangsa adalah lelaki berusia 61 tahun dari Taman Publik Jaya di Likas./PENERANGAN

Rosnah ketika ditemui media pada sabtu.

Rosnah ketika ditemui media pada sabtu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan