Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gerakan Merah Buat Laporan Polis Gambar Hina TPM

7:09pm 25/02/2016 Pak Roshan 116 views Mutakhir,Nasional
Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Mohd Ali Baharom (tengah) dan anggotanya menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah terhadap pemilik akaun Facebook yang mengaibkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui muat naik gambar dan status menghina. - Foto BERNAMA

Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Mohd Ali Baharom (tengah) dan anggotanya menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah terhadap pemilik akaun Facebook yang mengaibkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui muat naik gambar dan status menghina. – Foto BERNAMA

BUKIT MERTAJAM – Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) meminta polis mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa menghina Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui status dalam Facebooknya.

Naib Presidennya Razali Zakaria berkata pihaknya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak berwajib lain juga mengambil tindakan sewajarnya terhadap jenayah siber seperti itu supaya ia tidak terus berulang.

“Ini satu tindakan yang biadab … cuba mencabar kewibawaan pemimpin tinggi negara dengan mengaibkan timbalan perdana menteri Malaysia sebegitu rupa,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini, hari ini.

Dua hari lepas, seorang pemilik akaun Facebook telah memuat naik status seolah-olah menyamakan Ahmad Zahid sebagai seekor anjing.

Tindakan individu itu telah mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.

Razali berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu juga dilihat berunsurkan politik untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan menjatuhkan martabat pemimpin Melayu.

Ketua Penerangan Gerakan Merah Datuk Dr Norhisham Mohd Noor pula berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap individu itu kerana ini bukan kali pertama perbuatan menghina dan memalukan pemimpin berlaku.

“Kami telah membuat 100 laporan polis (berhubung kejadian menghina ahli politik) di seluruh Malaysia sejak tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan