Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,635

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gerakan Burukkan KM Sabah Dikenal Pasti, GAUM Bakal Lapor Polis

7:50am 04/07/2016 Pak Roshan 1228 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

MJX_9927-640x3201

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat oleh Pakatan NGO Pro BN dan Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) berhubung usaha terancang bagi memburukkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, tegas Zulkarnain Mahdar.

Pengerusinya, Zulkarnain berkata GAUM telah memperoleh maklumat berkaitan kumpulan tersebut yang kelihatan aktif sejak dua tahun yang lalu dan semakin aktif selepas pilihanraya negeri Sarawak baru baru ini melalui medium utama termasuk Facebook, WhatsApp dan hebahan mulut.

“Gerakan ini dilihat begitu terdesak kerana mereka tidak mempunyai ruang dan fakta untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa.

“Mungkin atas alasan ini taktik kotor telah digunakan oleh mereka untuk menyerang kepimpinan Musa melalui fitnah. Mereka mensasarkan Sabah kerana Sabah dilihat sebagai penyumbang utama kerusi bagi Barisan Nasional selain Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Zulkarnain berkata sepanjang 13 tahun Musa memimpin Sabah, beliau telah menunjukkan rekod cemerlang selepas mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Tan Sri Chong Kah Kiat pada tahun 2003 dengan rezab kewangan negeri Sabah hanya berada sekitar 180 juta namun kurang daripada 10 tahun Sabah telah mempunyai Rezab Kewangan 3.2 Billion.

Jelasnya, walaupun Sabah telah kehilangan sumber pendapatan utama melalui pembalakan namun ia tidak menghalang Sabah mendapatkan sumber kewangan dari sektor lain untuk dijadikan modal simpanan wang negeri tersebut.

“Selain menerima pelabur luar berbilion ringgit setiap tahun projek terbesar Sabah yang berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan ketika adalah Projek yang berimpak tinggi di Sabah di Daerah Sipitang Sabah iaitu Oil & amp; Gas Industrial Park ( SOGIP), di Kimanis Sabah Oil & amp; Gas Terminal (SOGT), di Daerah Lahad Datu Palm Oil Industrial Cluster (POIC).

“Mempunyai keluasan negeri yang hampir menyamai 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia, diakui agak sukar untuk membangunkan keseluruhan Bandar dan Daerah di Sabah namun ia bukan alasan dan menjadi batu penghalang untuk membangunkan Sabah setanding negeri negeri di Semenanjung Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, tambah Zulkarnain, masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan penduduk Sabah adalah melibatkan  jalan raya yang menghubungkan antara penduduk kampung ke kampung juga telah berjaya di laksanakan secara berperingkat melalui jalan utama penghubung antara daerah  Sook sehingga ke Batu Lunguyan,  Jalan Kalabakan ke Nabawan, Jalan Kota Belud ke Kota Marudu telah berjaya disiapkan manakala projek terbesar menelan belanja sehinga berbilion ringgit adalah Jalan Pan Borneo yang sedang dalam perlaksanaan.

“Sabah juga telah diiktiraf sebagai sebuah negeri yang  mempunyai keupayaan kewangan bertaraf “AAA” (Triple-A) yang diiktiraf selama 7 tahun berturut-turut. Kecekapan barisan pentadbiran kewangan yang diketuai sendiri oleh Datuk Seri Musa Hj Aman selaku Ketua Menteri dan Menteri Kewangan juga turut diiktiraf dan di berikan anugerah “Sijil Tanpa Teguran” atau “Clean Bill” selama 15 tahun…Ini tidak termasuk anugerah penarafan empat (4) bintang iaitu penarafan tertinggi di bawah Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara,” Ini tidak termasuk pencapaian program pemulihan hutan seluas 500 ribu hektar yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa di bawah Forest Stewardship Council Standard.

“Atas sebab inilah untuk memesongkan pemikiran rakyat Sabah fitnah jijik telah digunakan untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Musa Aman, namun akhirnya rakyat akan menjadi hakim melihat bahawa perbuatan fitnah ini tidak akan mampu mengubah minda rakyat untuk terus  menyokong Barisan Nasional di Sabah. Sabah akan kekal sebagai kubu kuat Barisan Nasional ini adalah hakikat yang tidak boleh diterima oleh musuh Barisan Nasional,” jelasnya.

-klxpress.com.my

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan