Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gerai untuk karnival Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu mula ditawarkan

KOTA KINABALU- Sejumlah 60 lot gerai menjaja ditawarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bersempena Karnival Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu yang akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 Mei 2016 di Padang Merdeka.

Para penjaja yang berminat boleh mendapatkan borang pemohonan daripada Bahagian Pengurusan Penjaja dan Pasar, Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK, Tingkat 7, Centre Point Sabah dengan kadar RM1 bagi satiap borang.

Manakala, permit menjaja bersempena karnival berkenaan adalah RM 50 sehari bagi setiap lot gerai.

Masyarakat yang berminat boleh menghubungi talian 088-223437 atau 088-244000 untuk mendapatkan maklumat lanjut.-Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan