Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebuah gerai makan di Jalan Apas diarah tutup, premis kotor

Dua anggota kesihatan (kiri) melakukan pemeriksaan terhadap seorang pemilik gerai.
Dua anggota kesihatan (kiri) melakukan pemeriksaan terhadap seorang pemilik gerai.

TAWAU – Sebuah gerai makan di Jalan Apas di sini adalah antara 24 premis yang diarahkan tutup oleh Unit Kesihatan Persekitaran Tawau kerana tidak mempunyai bekalan air dan keadaan yang kotor.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Tawau, Rahman Sampe berkata, dalam operasi itu, sebanyak tiga kompaun turut dikeluarkan kerana pemilik tidak mendaftarkan premis dan tidak mempunyai sijil pengendali makanan serta tidak memiliki sijil kesihatan.

“Dalam operasi ini seramai 21 anggota penguatkuasa daerah ini telah terlibat dengan ia diketuai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Rapeh Mail,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rahman berkata, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan lebih kerap bagi memastikan premis makanan di daerah ini dalam keadaan yang bersih.

Katanya, pemilik premis atau pengusaha gerai makanan dinasihatkan agar memastikan gerai sentiasa bersih dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan serta mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan 2009. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan