Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

George Ginibun dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Sabah

Kota Kinabalu : Datuk George Anthony Ginibun dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni di Istana Negeri, pagi tadi.

Selepas angkat sumpah, George turut melafazkan ikrar jawatan dan menandatangani watikah pelantikan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Mairin @ Martin Idang.

George, 76, berasal dari Penampang merupakan mantan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Sabah Credit Cooperation dan pernah berkhidmat di Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pertanian sepanjang 37tahun dalam perkhidmatan awam.

Berpendidikan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Miami, Amerika Syarikat, George berharap pengalamannya sebagai mantan Pengerusi Tetap UPKO dapat membantu beliau menjalankan tugas berkenaan.

Selain George, Datuk Ahmad Abdul Rahman turut dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Sabah baharu pada 8 Jun lalu.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato’ Hj Jaujan Sambakong, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Ewon Benedick dan dif-dif kenamaan yang lain./PENERANGAN-

George (kiri) menerima watikah perlantikan daripada Tun Juhar (kanan).

Komen


Berita Berkaitan