Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Geng Viva’ yang terlibat dalam 4 kes ragut, diberkas pihak polis

5:44pm 22/04/2016 Leolerry Lajius 120 views Jenayah,Tempatan

 

KOTA KINABALU:Dua orang suspek yang terlibat dalam kes ragut di empat lokasi yang berasingan ditahan pihak polis dalam satu serbuan bertempat di rumah No.33, Kampung Seroja Likas.

Kedua-dua suspek ini yang digelar sebagai ‘Geng Viva’ mulai aktif melakukan jenayah tersebut awal bulan ini dan modus operandinya adalah Kumpulan ini bergerak seramai 2 orang menggunakan kereta Perodua Viva.

Salah seorang suspek akan keluar dari kereta dan meragut mangsa  yang berjalan kaki manakala seorang lagi suspek menunggu didalam kereta. Setelah berjaya meragut suspek terus melarikan diri menggunakan kereta tersebut.

Kedua-dua suspek berusia 22 dan 24 tahun  yang juga warganegara dan beralamat di Kampung Seroja, Likas tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan pihak polis juga mendapati suspek yang bersusia 22 tahun adalah positif dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, suspek dipercayai terlibat dengan empat kejadian ragut yang berlaku di depan Kedai Petshop Lorong Margosa 2, Jalan Kolam Luyang Fasa 8, Luyang, di hadapan rumah No. 209, Lorong Bunga Patuma Phase 1, Kepayan Rumah Murah,  di Jalan Bandaran Berjaya dan di Kedai Kuih Muih Kimanis Take Away Plaza Kingfisher.

“Kejadian tersebut berlaku pada 11 april yang lalu dengan nilai kerugian berjumlah RM5489.00 dan suspek juga didapati melakukan kekerasan ketika meragut mangsa kerana terdapat juga mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan,”katanya ketika sidang media yang dibuat di IPD Kota Kinabalu, di sini, hari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan suspek boleh dipenjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan jika kesalahan kali ke dua atau kemudian boleh dikenakan penjara dan boleh juga dikenakan denda dan sebat.

Bagi kesalahan pengambilan dadah kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan suspek boleh dikenakan denda tidak lebih RM 5000 atau penjara tidak lebih dari 2 tahun.

Tambah Chandra, pihak polis juga sedang mengesan seorang lagi rakan suspek yang dikenali sebagai Sharil dalam lingkungan 20-an yang beralamat di Kampung Gusung Likas, Kota Kinabalu.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan