Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,815

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Geng Sabung Ayam Dicekup Hasil Maklumat Awam Melalui Facebook

10:13am 10/07/2016 Pak Roshan 783 views Jenayah,Mutakhir

sabung ayam

GENG SABUNG AYAM DICEKUP HASIL MAKLUMAT AWAM MELALUI FACEBOOK.

Tawau, 09 Julai 2016 – Tindakan berani beberapa suspek penjudi sabung ayam yang mengadakan aktiviti mereka pada siang hari di tempat terbuka tanpa mempedulikan masyarakat sekitar akhirnya kecundang apabila diserbu oleh (ST) dalam Ops Dadu petang tadi.

Dalam operasi tersebut, sepasukan anggota polis yang diketuai oleh ASP Mohd Afendi Bin Che Yok @ ‘Spark’ telah membuat serbuan di sebuah kawasan lapang di Blok B, Kampung Pasir Putih hasil daripada maklumat orang awam yang disalurkan melalui Facebook. Pihak Polis telah berjaya menangkap (1) lelaki warga tempatan dan (3) lelaki warga asing serta merampas (5) ekor ayam sabung dan (4) pisau ayam.

Pihak Polis juga telah bertindak memusnahkan gelanggang sabung ayam yang didirikan dikawasan tersebut bagi mengelakkan aktiviti negatif ini diteruskan di masa akan datang. Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan yang selanjutnya.

Polis Daerah Tawau mengucapkan tahniah kepada masyarakat prihatin yang telah menyalurkan maklumat sehingga aktiviti negatif ini dapat diambil tindakan yang sewajarnya. Tanpa kerjasama daripada masyarakat adalah mustahil untuk kita mencapai sasaran ke arah menjadikan Tawau sebagai daerah yang sejahtera.

Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan melalui:
Inbox laman FB Polis Daerah Tawau
Talian hotline IPD Tawau – 089772121
Balai-balai polis berdekatan

Sumber : Facebook Pages Polis Daerah Tawau

taji ayam sabung ayam sabung ayam

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan