Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GENG RAMOS TUMPAS

Alat muzik yang dirampas oleh polis ketika serbuan dijalankan. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Polis berjaya menumpaskan `Geng Ramos’ dengan penahanan lima lelaki di Inanam pada 24 Ogos lalu kerana disyaki terlibat dalam beberapa siri kes pecah rumah di kawasan Kota Kinabalu.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tiga daripada suspek itu yang berumur di antara 18 hingga 37 tahun adalah warga tempatan manakala dua lagi rakan subahatnya itu adalah rakyat asing.

Menurut Habibi, tiga suspek geng tersebut didapati positif dadah dan kesemua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan jenayah dan dadah yabng dilakukan di sekitar bandaraya ini.

“Dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Inanam pada 24 Ogos lalu, polis menahan suspek pertama dan penangkapan itu membawa kita kepada penahanan empat lagi suspek pada hari yang sama mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Habibi berkata, turut dirampas tiga buah beg, dua buah alat muzik Clarinet yang dileraikan, sebuah vakum Shimono merah.

Tambah beliau lagi, dengan tertangkapnya kumpulan itu, polis percaya telah berjaya menyelesaikan sebanyak lima kes pecah rumah di kawasan Inanam sejak Januari hingga awal bulan ini dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM50,800.

Dalam pada itu, katanya penahanan reman kesemua suspek tersebut yang berakhir esok akan disambung selama tiga hari.- SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan