Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GENG P’IE TUMPAS, POLIS SELESAI 6 KES PECAH RUMAH

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superitendan George Rakhman (tengah) menunjukkan barang rampasan pada sidang media kejayaan polis menumpaskan Geng Pi’e yang terlibat dalam kes pecah rumah sekitar Kota Kinabalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Tiga sekumpulan yang dikenali sebagai Geng P’ie dipercayai terlibat dalam beberapa siri kes pecah rumah di sekitar bandaraya berjaya ditangkap dalam satu serbuan polis baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Rakhman berkata, ketiga-tiga suspek berkenaan berjaya ditangkap sehari selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Indah Permai Menggatal pada 16 September lalu.

Katanya, ketika kejadian kira-kira jam 1.30 petang, pengadu, 45, seorang peniaga tempatan sedang berada di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dimaklumkan oleh isterinya bahawa rumah mereka telah dipecah masuk.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superitendan George Rakhman (tengah) menunjukkan Allen Key yang diubahsuai menjadi pembuka kunci mangga pada sidang media kejayaan polis menumpaskan Geng Pi’e yang terlibat dalam kes pecah rumah sekitar Kota Kinabalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Si isteri mendapati kunci mangga yang dipasang pada pintu pagar belakang rumah telah hilang dipercayai dibuka menggunakan ‘allen key’ yang diubah suai serta terdapat kesan umpil pada pintu dapur rumah tersebut.

“Setelah pemeriksaan dibuat, mendapati sebuah kotak kayu yang disimpan di bawah tangga bahagian ruang tamu rumah telah hilang. Anggaran kerugian adalah kira-kira RM25,000,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Bertindak atas maklumat yang diperolehi, pihak polis kemudian melakukan beberapa siri serbuan di kawasan Menggatal serta Inanam.

Barang rampasan oleh polis setelah berjaya menumpaskan Geng P’ie dan menyelesaikan kes pecah rumah sekitar Kota Kinabalu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Dalam serbuan tersebut lebih kurang jam 9 pagi, keesokan harinya polis berjaya menangkap dua ahli kumpulan itu masing-masing berumur 35 dan 36 tahun di perumahan sekitar Sulaman, tidak jauh dari tempat kejadian.

“Selepas soal siasat dibuat, lebih kurang 45 minit kemudian, kita dapat suspek utama, 26, berada di kawasan Inanam dan berjaya ditangkap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superitendan George Rakhman (dua kiri) pada sidang media kejayaan polis menumpaskan Geng Pi’e yang terlibat dalam kes pecah rumah sekitar Kota Kinabalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Geng P’ie ini kesemuanya warganegara tempatan dan mendapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing serta mempunyai rekod kesalahan lampau atas kesalahan beberapa jenayah dan dadah,” katanya.

Daripada tangkapan tersebut, polis telah merampas sebuah kereta jenis Produa Viva berwarna hitam milik bapa salah seorang suspek, enam buah telefon bimbit, tiga buah kamera digital, tiga buah komputer riba, tiga buah Tab, tujuh utas jam tangan, lapan keping resit pajak gadai emas, empat buah beg berbagai jenis, dua batang allen key yang telah diubah suai, serangkai kunci, dua buah tetikus dan sebungkus plastik mengandungi aksesori wanita.

Anggaran hasil rampasan adalah sebanyak RM40,000.

Katanya, dengan tertangkapnya Geng P’ie berkenaan, pihaknya percaya telah berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah dikawasan Inanam, Menggatal dan Luyang sejak Januari hingga awal bulan Ogos 2018 yang melibatkan jumlah kerugian RM105,700.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara selama lima tahun dan boleh juga dikenakan denda.

“Kesemua suspek direman sehingga hari ini, namun reman disambung bagi siasatan ke atas beberapa kes pecah rumah lain yang telah dilakukan oleh kumpulan berkenaan,” katanya.

 

Sementara itu, beliau menyarankan kepada orang ramai agar memaklumkan segera kepada pihak polis sekiranya ternampak mana-mana individu atau kenderaan yang mencurigakan serta berpotensi melakukan jenayah.

Selain itu, katanya, orang ramai juga perlu membuat pengecaman terhadap rupa diskripsi penjenayah seperti rupa, pakaian dipakai dan sebagainya, jenis kenderaan digunakan, nombor pendaftaran kenderaan untuk tujuan membantu pihak polis sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan