Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Geng Lokub diberkas

Antara barangan dan motorsikal yang berjaya ditemui semula. – Foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah
DITEMUI SEMULA… Antara barangan dan motorsikal yang berjaya ditemui semula. – Foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Seorang lelaki berumur 30an yang baru balik dari bercuti, terkejut apabila mendapati pagar pintu rumahnya terbuka manakala keadaan di dalamnya berselerak dipercayai akibat diselongkar oleh pencuri di Taman Sepanggar dekat sini pada 23 Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, pengadu yang tiba di kediamannya kira-kira jam 5.00 petang itu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati beberapa jenis barangan elektrik dan sebuah motorsikal jenis Honda hilang mengakibatkan kerugian berjumlah RM7,700.

“Polis yang menjalankan siasatan kemudian berjaya menahan dua suspek lelaki di lokasi berasingan di Taman Bukit Sepanggar dan Kampung Lokub, pada 24 Februari lepas,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Daerah, Karamunsing di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, polis seterusnya menahan seorang lagi suspek lelaki di Taman Sepanggar dan turut menemui semula barangan yang dilaporkan hilang termasuk motorsikal berkenaan.

mtor“Ketiga-tiga lelaki yang dikenali Geng Lokub itu menggunakan cara mengumpil pintu rumah sebelum memecah masuk kediaman yang menjadi sasaran mereka,” katanya sambil menambah semua suspek terbabit juga didapati positif dadah jenis Syabu.

Ketiga-tiga suspek berumur 19 hingga 28 tahun itu turut terlibat dengan empat lagi kejadian pecah rumah lain yang dilaporkan berlaku di Sepanggar dan Universiti Condo sekitar Ogos hingga Disember tahun lepas dengan nilai kerugian berjumlah RM11,800.

“Kesemua suspek kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan,” katanya lagi.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan