Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Geng Along tumpas

RAMPAS... Kenderaan yang digunakan suspek untuk melakukan jenayah. - foto Jimmy Tan / SayangSabah
RAMPAS… Kenderaan yang digunakan suspek untuk melakukan jenayah. – foto Jimmy Tan / SayangSabah

KOTA KINABALU: Polis daerah percaya berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan samun, yang berlaku di sekitar daerah ini apabila menahan tiga lelaki berumur di antara 18 hingga 36 tahun dalam beberapa siri serbuan pada 25 Disember lepas.

Semua yang ditahan merupakan anggota ‘Geng Along’ yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan samun bersenjata di sekitar Sepanggar dan Menggatal.

Ketua Polis Daerah, ACP M.Chandra berkata, tangkapan tersebut dibuat susulan aduan daripada seorang peniaga yang melaporkan rumahnya disamun pada 22 Disember lepas.

“Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.00 petang di kediaman mangsa yang terletak di Salut Perdana, Jalan Sepanggar, Menggatal pada 22 Disember lepas, tiga orang lelaki telah memasuki dan menyamun rumah mangsa,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang ketika itu bersama-sama dengan anaknya dan pembantu rumah, kemudian diarah naik ke tingkat atas kediaman sebelum diikat oleh suspek tersebut.

Menurut beliau, selepas menyelongkar dan mengambil barangan berharga milik mangsa, suspek kemudian melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan jenis

“Antara barangan berharga yang disamun ialah wang tunai RM50,000, lapan utas gelang tangan, empat utas rantai emas, lima jam tangan, bag tangan wanita, dan telefon bimbit  yang nilai keseluruhan berjumlah RM100,000,” katanya lagi.

Chandra berkata, bertindak hasil risikan dan maklumat awam, pada jam 12.30 tengah malam 25 Disember lepas, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Universiti Apartment, Jalan Sulaman dan menahan seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun.

Beliau berkata, hasil tangkapan itu, polis kemudian menyerbu sebuah lagi rumah yang terletak di Kg Malawa, Menggatal pada jam 3.45 pagi dan menahan seorang lelaki Dusun berumur 30 tahun yang bersembunyi di dalam sebuah almari.

“Siasatan mendapati suspek ini merupakan ketua kumpulan Geng Along dan baru dibebaskan dari penjara pada Oktober lepas,” katanya.

Chandra berkata, pada jam  5.30 pagi hari yang sama, polis membuat serbuan susulan di sebuah penempatan di Telipok dan menahan tiga orang lelaki warga asing.

“Dalam semua serbuan yang dibuat, polis berjaya merampas dua buah kenderaan dan beberapa barangan berharga dipercayai hasil samun serta peralatan yang digunakan untuk pecah rumah dan samun,” katanya lagi.

Siasatan lanjut polis juga mendapati semua suspek mengaku terlibat dengan beberapa kes samun di sekitar Menggatal.

Semua suspek kini ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

SENJATA... Antara senjata tajam yang digunakan suspek ketika menyamun mangsa. - foto Jimmy Tan / SayangSabah
SENJATA… Antara senjata tajam yang digunakan suspek ketika menyamun mangsa. – foto Jimmy Tan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan