Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Geng Abu Sayyaf Bebaskan Seorang Tebusan

2:18pm 09/11/2015 Pak Roshan 1664 views Isu Semasa,Mutakhir

Thien-Nyuk-Fun

SALAH seorang daripada dua tebusan yang ditahan geng Abu Sayyaf dilapor telah dibebaskan, malam semalam.

Memetik laporan The Star, pengurus sebuah restorandi Sandakan, Thien Nyuk Fun, 50, dibebaskan dan sudah selamat kembali ke kampung halamannya selepas hampir enam bulan ditahan kumpulan pengganas itu.

Difahamkan pihak perunding dari kedua-dua negara, Malaysia dan Filipina masih lagi berunding untuk pembebasan seorang lagi tahanan, Bernard Then, 39, yang berasal dari Sarawak.

Kedua Thien dan Then diculik ketika berada di Restoran Ocean Seafood, Sandakan, 15 Mei lalu.

Menurut sumber maklumat dari Filipina, Thien yang ditahan komander Abu Sayyaf, Indang Susukan telah dibebaskan oleh seorang lagi komander Al Habsy di Jolo sekitar jam 11 malam semalam.

Thien dilaporkan sudah selamat kembali ke pangkuan keluarga selepas melalui lapan jam perjalanan menaiki bot laju ke Sandakan.

Perunding keluarga Then pula berharap pembebasan segera untuk lelaki terbabit dan langkah-langkah berunding masih lagi dalam berjalan untuk tujuan itu. – MYNEWSHUB.CC

KES CULIK SANDAKAN – PENCULIK BUAT 3 PANGGILAN TELEFON [23 MEI 2015]

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan