Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Generasi Y perlu kekalkan perpaduan kaum

Mohd Arshad (tengah) menyerahkan sumbangan Pemuda UMNO kepada Pengurusan Tokong Cina ,Gui Khiau Liong.
Mohd Arshad (tengah) menyerahkan sumbangan Pemuda UMNO kepada Pengurusan Tokong Cina ,Gui Khiau Liong.

KOTA BELUD – Perpaduan yang erat menggambarkan keharmonian masyarakat majmuk di daerah ini yang  terjalin sekian lama perlu dimantapkan dan terus diwarisi oleh generasi baharu.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud, Mohd Arshad Bistari berkata, perpaduan kaum itu harus dikekalkan, dipelihara dan diwarisi oleh generasi muda sebagai asas keharmonian masyarakat majmuk tanpa membezakan keturunan dan kepercayaan.

“Lumrah bagi kaum Cina di daerah ini boleh bertutur dalam bahasa Bajau, Irranun dan Dusun kerana persekitaran harian yang berkisar dengan pelbagai suku bangsa sejak sekian lama di daerah ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membuat kunjungan muhibbah kepada Persatuan Pengurusan Tokong Cina dan menyerahkan empat buah nga bagi kegunaan ahli-ahli persatuan di dalam menjalankan aktiviti sempena Tahun Baru Cina 2015.

Sumbangan itu diserahkan oleh Mohd Arshad Bistari kepada Pengerusi Persatuan Pengurusan, Gui Khiau Liong yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Persatuan Pengurusan Tokong Cina Gui Foo Sing bertempat di hadapan Tokong Cina Kota Belud. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan