Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Generasi Y diminta pelihara warisan pejuang negara

IMG_20150327_225059

PUTATAN – Generasi muda diingatkan agar terus memelihara keamanan, kemajuan dan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama yang dikecapi negara pada masa kini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, usaha tersebut penting dalam memastikan warisan perjuangan para pemimpin terdahulu dalam memajukan negara dapat dipelihara.

“Hanya melalui keamanan dan kemakmuran rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sahaja yang dapat membawa Malaysia menuju kepada sebuah negara maju,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Bengkel Gerak Kerja Warisan Generasi Y ‘Peneraju Masa Depan Negara’ anjuran bersama Bekas Anggota Kemas Malaysia dan PBKAM Malaysia di Hotel Platinum, di sini hari ini.

Mengenai bengkel itu, beliau berkata, program tersebut perlu disokong oleh semua pihak memandangkan ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada generasi Y berhubung sejarah pejuang dahulu.

“Program bengkel ini perlu diteruskan pada masa hadapan dan harus disokong oleh semua pihak,” katanya lagi.

Apa yang menarik mengenai bengkel tersebut ialah barisan tenaga penceramah adalah terdiri daripada kalangan bekas anggota Kemas itu sendiri.

Seramai lebih 80 peserta dari seluruh negeri ini menyertai bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Mac ini.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan