Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,774

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Generasi muda sebagai pelapis atlet sedia ada- Tawfiq

3:25pm 03/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Sukan,Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
KENANGAN... Mat Jaidin (lima dari kiri, barisan hadapan) merakamkan gambar kenangan bersama para guru SMK Tansau dan dif- dif jemputan yang hadir

KENANGAN… Mat Jaidin (lima dari kiri, barisan hadapan) merakamkan gambar kenangan bersama para guru SMK Tansau dan dif- dif jemputan yang hadir

PUTATAN- Generasi muda khususnya pelajar sekolah diseru melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan dan permainan bagi melahirkan atlet-atlet baharu sekaligus meningkatkan kualiti sukan negara ini.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Hj. Tawfiq Abu Bakar Titingan, pihaknya memerlukan sumbangan daripada generasi muda ini untuk menjadi pelapis kepada para atlet yang sedia ada demi membantu meningkatkan kualiti sukan negara agar setanding dengan negara- negara maju yang lain.

“Jadikanlah para tokoh sukan negara kita yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia seperti Datuk Nicole David, Datuk Lee Chong Wei dan tiga wira OKU dalam Sukan Paralimpik iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad, Mohamad Ziyad dan Abdul Latif Romly sebagai model untuk memajukan diri dalam arena sukan.

” Seperti yang kita ketahui, jaguh sukan badminton negara kita telah memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik di Rio Jenerio, Brazil pada bulan September lepas bersama rakan bergunya dan telah diberikan insentif sebanyak RM 150,000.00 dan mendapatkan bekalan minuman 100 plus seumur hidup.

” Manakala, tiga orang pemenang pingat emas bagi sukan paralimpik Malaysia di Rio Jenerio juga telah menerima ganjaran RM 1 juta setiap seorang dan akan menerima duit pencen RM 5,000 setiap bulan daripada Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum kali ke- 8 SMK Tansau 2016, dekat sini, hari ini. Teks ucapannya dibaca oleh Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Perkhidmatan) Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Mat Jaidin Hj. Mohd Yassin.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru kepada generasi muda agar memanfaatkan segala kemudahan sukan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Katanya, kerajaan telah memperuntukkan dana bagi membangunkan industri sukan di negara ini.

” Untuk makluman, setakat ini telah terdapat 13 buah kompleks sukan yang telah dibina di seluruh negeri Sabah.

” Maka, dengan ini dapat memberi peluang kepada golongan belia dan remaja khususnya di negeri sabah untuk bergiat aktif dalam bidang sukan,” katanya.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sepuluh anugerah kecemerlangan kokurikulum pelbagai kategori termasuklah Anugerah Nilam, Anugerah Kehadiran Lima Bintang (Kehadiran Penuh), Anugerah Penyungguhan Kendiri (Merit), Anugerah Pengurusan Kelas Terbaik Setiap Tingkatan, Anugerah Pencapaian Kokurikulum, Anugerah Unit Kokurikulum Terbaik, Anugerah Pencapaian Kokurikulum Terbaik Individu dan Anugerah Guru Kokurikulum Terbaik.

Menurut Tawfiq, pihaknya berasa bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh SMK.Tansau kerana telah melahirkan atlet-atlet dan pelajar-pelajar yang hebat, berbakat, berkemahiran dan berketrampilan dalam bidang kokurikulum khususnya melalui sukan dan permainan, unit beruniform serta kelab dan persatuan sehingga berjaya ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan seperti SUKMA dan seterusnya antarabangsa.

” Semoga dengan kejayaan yang dicapai dalam bidang kokurikulum ini dapat membantu melayakkan diri para pelajar diterima masuk ke Institiut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada masa akan datang dengan lebih mudah kerana kita sedia maklum bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum diambil kira sebanyak 10 peratus,” katanya.

Disamping itu, beliau turut berharap agar majlis tersebut dapat menyuntik dan membakar semangat para pelajar agar terus berusaha meningkatkan pencapaian masing- masing pada masa akan datang khususnya dalam bidang kokurikulum.

” Sesungguhnya, majlis seperti ini sudah menjadi kelaziman sebagai suatu acara tahunan kepada mana- mana sekolah di negara kita untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar- pelajar yang telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang, sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum,” katanya.

Hadir sama, Pengetua Cemerlang SMK Tansau, Hjh. Salmiah Hj. Samaie. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

MAT Jaidin (tiga kiri) merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Tansau Penampang Kali ke-8 2016, dekat sini, hari ini

MAT Jaidin (tiga kiri) merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Tansau Penampang Kali ke-8 2016, dekat sini, hari ini

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan