Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GENERASI MUDA PERLU TAHU SEJARAH SILAM UNTUK PANDUAN – TAWFIQ

tawau

TAWAU, 31 Jan : Generasi muda perlu belajar dan mengetahui sejarah masa silam untuk dijadikan panduan perjalanan hidup pada masa akan datang, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Katanya, keengganan untuk mengetahui sejarah atau perjalanan masyarakat dahulu menyebabkan generasi muda sekarang mudah dipengaruhi kebencian antara kaum dan agama sehingga mengakibatkan polarisasi kaum.

“Generasi muda perlu mengetahui sejarah perpaduan masyarakat dahulu dan keutuhan perpaduan masyarakat itu perlu dicontohi agar generasi muda pada masa akan datang dapat terus mengecapi keadaan yang aman damai,” katanya ketika melancarkan buku Sejarah Tawau dan Keunikannya, di sini hari ini.

Mengulas mengenai buku berkenaan, Tawfiq berkata:  “Buku ini boleh membuka mata masyarakat Tawau supaya sentiasa terus bersatu padu dan mempertahankan kesatuan itu agar lebih utuh”.

Buku yang ditulis oleh Ismail Awang dengan bantuan dua orang abangnya itu, menceritakan tentang sejarah Tawau.

Ia merupakan buku terbitan pertama berbahasa Melayu yang ditulis oleh anak jati Tawau. — BERNAMA

 

tawau2

Komen


Berita Berkaitan