Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Generasi muda perlu rebut peluang jadi usahawan- Fatimah

11:27am 11/10/2016 Leolerry Lajius 57 views Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Generasi muda diseru untuk tidak mensia-siakan segala peluang yang disediakan oleh kerajaan bagi melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

 

Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan UMNO Kota Kinabalu, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor berkata, peluang itu perlu direbut terutamanya oleh belia bumiputera dalam usaha memajukan ekonomi diri, keluarga dan masyarakat.

 

Menurutnya, belia yang bijak mengambil peluang serta kreatif dalam membuat keputusan akan membantu mengangkat negara ke satu tahap yang lebih membanggakan di mata dunia.

 

“Sebaliknya, belia yang bersikap pasif akan terus terkongkong dalam zon selesa dan tidak akan berusaha keluar dan memajukan diri sendiri,” katanya ketika merasmikan Bengkel Kecantikan dan Kesihatan anjuran SNE Marketing Sdn Bhd disini semalam.

 

Turut hadir, tenaga penceramah daripada SNE Marketing Sdn Bhd (La Soul) iaitu Rowindy Belle, Sharmila serta 89 peserta bengkel daripada sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

 

Jelas Fatimah, beliau yakin bengkel yang diadakan itu memberi banyak manfaat kepada para usahawan muda bagi menggalakkan penglibatan mereka.

 

“Bengkel ini bertujuan untuk memberikan gambaran betapa seriusnya kerajaan dalam meletakkan orang muda di satu kedudukan bagi memperbaiki diri dan maju ke hadapan,” ujarnya.

 

Fatimah yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Kota Kinabalu turut menyatakan,  bidang keusahawanan merupakan salah satu cabang penting dalam usaha kerajaan memperkukuh ekonomi negara selain menjamin masa hadapan masyarakat.

 

Katanya, generasi muda perlu merebut setiap peluang bagi membantu mereka menjadi usahawan berjaya, bukannya membiarkan peluang keemasan itu terlepas begitu sahaja.

 

Menurutnya, banyak agensi-agensi kerajaan membantu untuk menghulurkan bantuan dalam memperkasakan usahawan terutama dalam kalangan golongan bumiputera.

 

“Bidang keusahawanan mempunyai peluang yang cerah untuk diceburi, malah mampu menjana pendapatan lumayan kepada individu yang melakukannya dengan bersungguh-sungguh./SayangSabah

Kenangan....Fatimah Shara bergambar kenangan bersama pasukan SNE Marketing dan peserta bengkel.

Kenangan….Fatimah Shara bergambar kenangan bersama pasukan SNE Marketing dan peserta bengkel.

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan