Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Generasi muda perlu pupuk semangat patriotisme

rosnah

PAPAR 2 Sept. – Golongan muda perlu menyedari kesejahteraan hidup yang dikecapi selama ini bukan datang dengan sendirinya tetapi melalui usaha gigih pemimpin dan kerajaan untuk memajukan rakyat dan negara.

Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, mereka yang lahir dan membesar dalam era 90-an mungkin tidak begitu menghargai nikmat itu kerana mereka belum merasai kehilangannya.

Katanya, ketika negara melangkah ke era itu, hasil perancangan yang rapi, ekonomi negara berkembang pesat sehingga tahap kemajuan mengatasi negara lain yang sedang membangun dan ini membolehkan rakyat mengecapi kesenangan.

Sehubungan itu beliau mengajak golongan muda supaya dapat bersama ke arah membangunkan negara dan tidak terjebak dalam kancah yang boleh merugikan diri dan masyarakat, malah menjejaskan usaha kerajaan.

‘Oleh itu,  golongan muda wajar menerapkan semangat cintakan negara dalam kehidupan mereka, kerana inilah tanah tumpah darah kita di mana tempat kita membesar serta menimba ilmu dengan penuh keamanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Kibar Jalur Gemilang peringkat mukim Pengalat sempena Hari Merdeka ke-57, di sini kemarin

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastuktur Negeri Sabah yang juga ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; Ketua Puteri UMNO negeri, Normalah Rasick dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Papar, Fahzean Mohiddin.

Rosnah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno  itu berkata,  sebagai pewaris negara ini, generasi muda juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi serta semangat patriotisme yang kukuh.

Katanya, tanpa semangat patriotisme, kemungkinan negara ini satu hari nanti tidak akan wujud lagi dan hanya menjadi satu daerah yang kecil dalam dunia

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan generasi muda agar berhemah dan bijaksana menghadapi konsep dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan pada alaf baru ini kerana ia boleh menghakis identiti bangsa dan negara ini jika digunakan untuk perkara yang salah.

“Generasi muda harus sedar mengenai kesan negatif globalisasi dan tidak terus menerimanya secara bulat-bulat,” katanya.

Menurut beliau, tidak ada cara yang lebih berkesan untuk menangani daripada segala ancaman yang datang termasuk melalui teknologi maklumat (IT) melainkan dengan memupuk semangat patriotisme.

Katanya, melalui semangat patriotisme dan membangunkan budaya, rakyat dapat memperkuat dan memperkukuhkan benteng moral yang mulia.

Komen


Berita Berkaitan