Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Generasi muda perlu peringati Tragedi Salangit-Rundum 1915

Radin bersalam-salaman dengan waris-waris Pahlawan Ontoros@Antanom. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Radin bersalam-salaman dengan waris-waris Pahlawan [email protected] – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

TENOM – Tragedi Salangit-Rundum yang berlaku sekitar tahun 1915 merupakan satu peristiwa bersejarah bagi Sabah yang perlu diketahui umum terutamanya generasi muda.

Perkara itu ditegaskan Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh bahawa, usaha perlu ditingkatkan untuk melebarkan informasi sejarah itu kepada umum agar perjuangan pahlawan Antanom dapat diperingati semua pihak.

“Saya sendiri pun tidak tahu sejarah itu, tetapi selepas berada ditingkatan tiga zaman persekolahan saya maka barulah, saya tahu sejarah kebangkitan dan penentangan Antanom terhadap British pada ketika itu melalui buku sejarah The Rebellion.

“Menurut jalan cerita sejarah itu, Antanom berbuat demikian bagi mempertahankan hak tanah air dan maruah bangsanya terutama sekali bayaran wang kepala (cukai) d ikawasan Pedalaman Sabah daripada pihak penjajah,” katanya ketika berucap mewakili Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan merasmikan Persatuan Tujuh Jurusan Keturunan Pahlawan Ontoros @ Antanom dan pelancaran sambutan 100 tahun peristiwa Salangit-Rundum di Dewan Daruk Seri Panglima Antanom di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 2,000 orang termasuk Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang dan Pengerusi Persatuan Tujuh Jurusan Keturunan Pahlawan [email protected] Antanom (Pusaka) Sinawat @ Welly Antakah. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan