Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,805

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Generasi muda perlu memartabatkan negara

Dr. Worran (dua kiri) menyampaikan buku kepada Tawfiq (dua kanan)

Dr. Worran (dua kiri) menyampaikan buku kepada Tawfiq (dua kanan)

TAWAU;  Semua pertubuhan dan persatuan etnik di negeri ini perlu menyedarkan generasi muda untuk memartabatkan negara .
Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, perkara itu penting agar tidak wujud golongan ektrem membela sukukaum masing-masing yang sekaligus boleh menjadi perosak kepada keamanan negara dan memecah belahkan perpaduan.
Katanya, meletakkan rasa cinta kepada negara perlu dipupuk dari awal dalam kalangan generasi muda agar perpaduan yang sedia wujud dalam kalangan pelbagai bangsa di negara ini terus terpelihara.
Beliau berkata demikian berucap merasmikan Bengkel Pembangunan Persatuan Cocos Sabah (PECOS) Siri 2 anjuran Persatuan Cocos Sabah cawangan bandar di Tawau.
Menurutnya, sejarah membuktikan penghijrahan sesuatu bangsa ke negeri ini telah berlaku lebih beratus tahun lalu. Justeru ada dalam kalangan generasi tersebut telah menjadi pejuang, pemimpin dan mengisi pelbagai sektor pekerjaan. Sehubungan itu, sesetengah sukukaum atau etnik mahu agar kewujudan mereka diterima sebagai rakyat pribumi negeri ini.
Tawfiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas berkata, dalam menuju negara maju, beliau berharap tidak akan ada sukukaum yang akan terpinggir dari menikmati arus pembangunan negara. Ini kerana manifestasi 1 Malaysia perlu terus disuburkan dengan rakyatnya sentiasa mengukuhkan perpaduan dan mengelak perpecahan.
Bengkel bertema kesedaran Komitmen Generasi ke arah Memuliakan Martabat Bangsa dan Negara turut dihadiri Presiden Pecos Haji Alipa Jackery, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ibrahim Saad serta seorang Guru dan penulis buku terkenal Dr. Pauline Bunce dan Penulis buku Evolusi Etnik Cocos Di Malaysia, Pernan dan Pencapaian Profesor Madya Datuk Dr. Worran Haji Kabul, Ketua Pusat Pengajian Siswazah UiTM Sabah
 Dalam program berasingan, Datuk Tawfiq turut berkesempatan merasmikan Hari Kantin (Kermes) Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Rayyaj Tawau. Program amal tersebut adalah untuk mengutip dana bagi Maahad Tahfiz  Kampung Pitas Bombalai.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan