Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Generasi muda perlu memahami kepentingan perpaduan kaum

9:23pm 12/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 30 views Pendidikan,Tempatan
Kenangan... Teo (tengah) bersama dif- dif jemputan bergambar bersama para pemenang

Kenangan… Teo (tengah) bersama dif- dif jemputan bergambar bersama para pemenang

KOTA KINABALU- Generasi muda perlu memahami perpaduan dalam kepelbagaian kaum amat penting demi kejayaan negara ini, kata Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.

Beliau merupakan Ketua Menteri Sabah berkata kepelbagaian budaya menjadikan negara ini unik dimana negara lain sukar untuk merasai keadaan tersebut.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana dapat hidup dalam suasana tenang dan harmoni… masyarakat luar hanya mampu berharap untuk hidup dalam suasana kepelbagaian budaya dan agama yang harmoni yang hanya wujud di negara ini,”katanya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Tugas- Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang sempena merasmikan majlis penutupan Program ‘Art of Nation Building’ di Magellan Sutera, disini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pembangunan negara adalah satu usaha dan inisiatif yang baik untuk mewujudkan masyarakat yang mampan dengan semangat kekitaan yang tinggi.

Sementara itu, beliau menyeru kepada masyarakat setempat agar menyokong program ‘Art of Nation Building’ itu kerana program tersebut mampu meningkatkan semangat patriotik di kalangan pelajar sekolah.

“Pendedahan awal anak- anak kepada keunikan sejarah Malaysia boleh menggalakkan mereka bersama untuk membangunkan negara ini,” ujarnya.

Disamping itu, Teo turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan melukis yang bertema ‘Hari Jadi Malaysia’ yang disertai oleh pelajar sekolah rendah, pelajar menegah rendah dan menengah atas.

Diantaranya Cheen Yee Kee, pelajar Sekolah Menengah Kian Kok johan untuk kategori menengah atas diikuti Michelle Vun Yi Ling dari SM Tshung Tsin dan Hong Wan Xin dari Sekolah Tinggi Cina Sabah, Tawau.

Manakala johan untuk kategori menengah rendah disandang oleh Lai Ming Qin, pelajar Sekolah Tinggi Cina Sabah, Tawau, diikuti Florence Wong Yee Ru dan Lee Jin Quan yang juga merupakan pelajar sekolah tersebut.

Untuk kategori sekolah rendah pula, Joel Sia Zhao Yu, pelajar SJK Chung Hwa, Kota Kinabalu merupakan johan bagi kategori itu dan diikuti oleh Chen Yi Wen serta Chow Ting Xin dari sekolah yang sama.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hjh. Jainab Ahmad Ayid, dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Teo menerima cenderahati daripada Pamela (kanan)

Teo menerima cenderahati daripada Pamela (kanan)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan