Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,704

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Generasi muda perlu hayati erti Hari Malaysia: Hamisa

9:22am 19/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 51 views Tawau,Tempatan
HAMISA menyampaikan hadiah kepada para pemenang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan di Kampung Sungai Iman, Tawau

HAMISA menyampaikan hadiah kepada para pemenang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan di Kampung Sungai Iman, Tawau

TAWAU- Masyarakat khususnya generasi muda perlu memahami dan menghayati 

sambutan Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September bagi meningkatkan jati diri serta semangat patriotisme.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, tarikh tersebut amat penting diraikan kerana itu adalah hari yang menyaksikan Malaysia dilahirkan dengan penyatuan antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

“Tanggal 16 September 1963 adalah hari Malaysia dibentuk dan sebab itu amat penting bagi kita khususnya golongan muda untuk mengetahui sejarah di sebalik peristiwa penting itu.

“Melalui ilmu dan kefahaman yang jelas terhadap asal usul sesebuah negara, barulah rakyat khususnya generasi muda dapat mengerti kepentingan untuk menjaga keharmonian dan kedaulatan negara disamping mempertahankannya dengan apa cara sekalipun.

“Bagi mengingatkan sejarah ini kepada pelajar, pihak jabatan telah mengeluarkan arahan kepada semua sekolah supaya mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Malaysia di Dewan Sekolah Kebangsaan Sg.Imam, Tawau anjuran Persatuan Selawat Khairun Nisa cawangan Kampung Sungai Imam, dekat sini, baru-baru ini.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu menyeru para pelajar agar sentiasa menghayati erti kemerdekaan yang telah dinikmati sehingga kini.

“Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun, mempunyai peranan yang sangat penting kepada pembangunan negara kita Malaysia.

“Negara kita dijajah terlalu lama dan generasi muda khasnya pelajar perlu diingatkan semula. Mereka perlulah menghayati dan memahami sejarah perjuangan demi mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya,” ujarnya.

Majlis tersebut turut dimeriahkan oleh persembahan dari kanak-kanak tadika tersebut.

“Sambutan pada kali ini sungguh meriah dan pelbagai aktiviti diadakan. Saya berharap dengan adanya program sebegini akan dapat memberi kesedaran kepada para pelajar supaya lebih cintakan negara,” katanya.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan