Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GENERASI MUDA PERLU HARGAI SEMANGAT PEJUANG NEGARA

Johair merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil Menumbok di padang Majlis Daerah Pekan Menumbok.Gambar SNT/ Ehsan Jaafar Wahid

MENUMBOK: Semangat patriotisme dan cintakan negara perlu dipupuk dan disemai dalam diri setiap rakyat terutama generasi muda dari sejak kecil lagi agar jiwa mereka sebati dengan nilai murni itu.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah (Warisan) Johair Matlani berkata, generasi muda perlu sedar bahawa keamanan dan kesejahteraan negara yang mereka kecapi hari ini bukan datang secara percuma.

“Keamanan itu dibayar dengan harga yang mahal melalui peluh keringat, darah serta nyawa pejuang negara terdahulu termasuk anggota pasukan keselamatan,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil Menumbok di padang Majlis Daerah Pekan Menumbok.

Kata Johair lagi, generasi muda tidak pernah melalui pahit getir zaman darurat kerana hidup dalam era moden, namun tidak bermakna mereka boleh lalai dan leka dengan tanggunjawab khususnya dalam mengekalkan keamanan negara.

Antara kontinjen yang mengambil bahagian dalam acara perbarisan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil Menumbok di padang Majlis Daerah Pekan Menumbok. – Gambar SNT / Ehsan Jaafar Wahid

“Mereka tidak tahu apa erti sebenar sebuah perjuangan dan pengorbanan, justeru semangat patriotik dan kenal kepada sejarah perjuangan pemimpin terdahulu yang membebaskan negara daripada belanggu penjajahan perlu kita terapkan kepada golongan ini” katanya.

Menurut Johair, untuk menggilap semangat patriotik, institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memupuk generasi muda agar cintakan negara.

“Rasa cintakan tanah air dan patriotisme harus dipupuk dari peringkat awal alam persekolahan. disamping sistem pendidikan sedia ada,” jelasnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan