Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Generasi muda perlu berfikiran terbuka terhadap industri pertanian

YAHYA (lima, kiri) menyempurnakan pelepasan peserta program berbasikal sempena program Sunday Family Ride MAFI, dekat sini, pagi tadi.

KOTA KINABALU: Generasi muda perlu berfikiran terbuka dan menjadikan industri pertanian bagi meningkatkan ekonomi negeri ini khususnya, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

Yahya berkata, golongan muda perlu melihat sektor pertanian sebagai industri yang boleh menjadikan sumber pendapatan kepada mereka.

“Industri pertanian bukan bererti menanam padi atau menanam pokok sahaja tetapi ianya melibatkan industri makanan. Ia termasuklah sektor pembungkusan, pengeksportan makanan dan pemprosesan makanan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Sunday Family Ride MAFI, dekat sini, pagi tadi.

Menurut Yahya, sektor pertanian bukan seperti dahulu dimana ia hanya melibatkan golongan yang berpendapatan rendah.

Jelasnya, usahawan yang terlibat dalam industri pertanian boleh berjaya pada masa hadapan.

Selain itu, katanya, program Sunday Family Ride merupakan platform bagi masyarakat untuk beriadah bersama keluarga dan mereka juga dapat mengamalkan hidup sihat.

“Program ini dijalankan pada setiap bulan minggu pertama dan ia telah ditetapkan oleh Kabinet Negeri Sabah serta perlu dilaksanakan oleh setiap kementeras Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan