Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Generasi muda perlu ada semangat patriotisme

9:59am 29/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 51 views Tempatan
AGIH...Jamawi bersama ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Tenom ketika mengagih-agihkan jalur gemilang kepada para pemadu di Pekan Tenom

AGIH…Jamawi bersama ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Tenom ketika mengagihkan jalur gemilang kepada para pemandu di Pekan Tenom

TENOM- Semangat cintakan negara perlu ada dalam setiap diri masyarakat khususnya di kalangan generasi muda dalam usaha memelihara kesejahteraan dan keamanan negara.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno  bahagian Tenom Jamawi Jaafar berkata , golongan itu merupakan aset penting negara yang perlu diberikan perhatian dengan menanamkan semangat patriotik dan jati diri secara berterusan agar mereka menjadi warga yang berguna disamping cintakan tanah air.

“Golongan terbabit perlu mempunyai pemahaman dan kesedaran mendalam tentang sejarah di negara ini sebelum mereka menerajui pengurusan, pembangunan dan kepimpinan negara pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas  mengagihkan jalur gemilang kepada pemandu kenderaan disini, kelmarin.

Sebanyak 500 jalur gemilang diagihkan kepada pemandu kenderaan yang merupakan program tahunan Pergerakan pemuda Umno bahagian Tenom selain acara Konvoi Merdeka.

Sehubungan itu, Jamawi yang juga Ketua Penerangan  Pergerakan Pemuda Umno Malaysia  mengingatkan generai muda khususnya generasi Y agar memiliki kesedaran tentang kepentingan patriotisme bagi memastika semangat cintakan negara terus subur di kalangan mereka.

Katanya, sejarah membuktikan bukanlah mudah bagi negara mencapai kemerdekaan dan seterusnya mengisi kemerdekaan dari hasil perjuangan pemimpin negara terdahulu  sehingga negera mencapai kemerdekaan aman, makmur dan terus maju sebagai mana yang dinikmati hari ini, yang seharusnya dipertahankan.

Dalam perkembangan yang sama Jamawi juga turut melahirkan kebimbingan akan lunturnya semangat patriotisme di kalangan generasi muda masa kini sehingga mereka kehilangan jatidiri kerana mudah terhasut dengan ledekan teknologi maklumat yang belum tentu sahih kebenaranya hingga mendorong mereka bertindak diluar batasan seperti membakar jalur gemilang ,terlibat dengan perhimpunan haram dan menghina pemimpin negara.

“Paling menyedihkan, generasi ini sanggup menjadi agen penyebar fitnah melalui media sosial oleh  pihak tertentu untuk merosakkan kestabilan negara,” katanya

Dalam hubungan ini Jamawi berkata semua pihak harus berganding bahu untuk mengatasi masalah yang semakin membe¬lenggu generasi itu yang merupakan pewaris kepimpinan negara.

Menurut beliau nilai-nilai murni dan jati diri berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara perlu diterapkan dalam kalangan golongan ini supaya pemikiran mereka tidak dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Usaha ini memerlukan tindakan komprehensif seluruh lapisan masyarakat agar generasi akan datang terus unggul sebagai pewaris kepimpinan yang memiliki semangat cintakan negara,” tegasnya.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan