Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,753

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Generasi muda jangan abai ilmu agama

5:43pm 05/11/2015 Ann Vivien 15 views Isu Semasa,Tempatan
  Bergambar kenangan dengan para peserta.

Samsudin bergambar kenangan dengan para peserta.

SANDAKAN: Generasi muda diingatkan supaya jangan mudah leka dengan kemewahan hidup yang dinikmati sekarang sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk menambah ilmu pengetahuan terutama dalam bidang keagamaan.

Ahli Dewan Undangan Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata perlaksanaan program seperti majlis khatam al’quran merupakan aktiviti  berterusan yang melibatkan pelbagai peringkat usia dan latar belakang pekerjaan.

“Usaha ini mampu menjana pencapaian kemajuan atau pembangunan komuniti setempat yang bermula dari masjid. Perkarangan premis ibadat  seharusnya dioptimumkan penggunaannya bukan sahaja menjurus kepada perlaksanaan aktiviti fardhu ain malah fardhu kifayah bagi mendepani masalah sosial.,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Khatam Al Quran Dan Anugerah Cemelang Gabungan Kelas Bina Insan (Kemas) P.185 Batu Sapi di Medan Selera, Sandakan kelmarin.

Jelas Samsudin yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi pendidikan Islam merupakan asas dan wajib kepada setiap umat Islam.

Katanya  dengan adanya majlis khatam Al Quran seperti ini, ianya merupakan satu landasan terbaik bagi meningkatkan, pengetahuan dan penguasaan bacaan Al Quran bagi membentuk bangsa yang lebih cemelang, serta melahirkan sahsiah dan modal insan yang seimbang duniawi juga ukhrawi untuk kesejehteraan umah keseluruhannya.

Mengakhiri ucapannya, beliau turut merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan program ini.

Hadir sama,Hussin Nasib, Ketua Penerangan,  Jafaar Jakaria, Ahli Majlis MPS, Staf UPPM Sekong, Ajk Bahagian Umno Bahagian Batu Sapi.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan