Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GENERASI MUDA HARUS DIINGATKAN PERANAN TYT

Jaujan menjawab soalan semasa rancangan radio Segar SabahFM di Kota Kinabalu, di sini pagi tadi.Gambar SNT/Zakaria Damit

KOTA KINABALU: Pelbagai kempen perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan tahap kesedaran rakyat terhadap fungsi serta peranan Tuan Yang Di-Pertua Negeri Sabah (TYT) di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, ini kerana kecanggihan zaman teknologi maklumat terutama dalam penggunaan laman sosial sedikit sebanyak dilihat golongan muda lupa terhadap peranan Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

Katanya, dibawah perlembagaan negeri Sabah, Yang Di-Pertua Negeri Sabah menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan Negeri serta membuat keputusan dengan nasihat kabinet atau Ketua Menteri.

“Dalam masa sama TYT boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi seperti perlantikan Ketua Menteri, memperkenankan permohonan untuk membubarkan dewan undangan.

“Selain itu perkenan daripada TYT Sabah juga diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah. Ini perlu difahami serta dihayati oleh semua lapisan masyarakat di negeri ini, “ katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menjadi tetamu dalam rancangan Segar SabahFM di Kota Kinabalu, di sini pagi tadi.

Jaujan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Jadi Rasmi TYT berkata, penganjuran sambutan Hari Jadi Rasmi TYT akan membolehkan rakyat mengetahui berapa pentingnya institusi ini sebagai menonjolkan TYT sebagai penaung Agama Islam di negeri Sabah.

“Sambutan ini secara tidak langsung merupakan penzahiran rakyat menjunjung kasih serta taat setia rakyat kepada TYT dan kerajaan dibawah naungannya,” katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan