Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Generasi muda aset, modal insan di masa akan datang

7:20pm 23/11/2015 Ann Vivien 16 views Isu Semasa,Tempatan
Sahanip dan Marklin bersama para perserta dan keluarga angkat merakamkan gambar kenangan pada program itu.

Sahanip dan Marklin bersama para perserta dan keluarga angkat merakamkan gambar kenangan pada program itu.

KENINGAU:  Generasi muda masa kini perlu bersedia untuk berdepan pelbagai cabaran baharu dalam era globalisasi.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata, ini kerana generasi muda merupakan aset bernilai dan modal insan kepada kepimpinan negara pada masa akan datang.                       

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan program kem pewaris muda anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah di Kampung Merampong dekat sini pada Ahad.Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Sahanip Jamil.                                                      

Sairin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan berkata, sebagai tenaga penggerak utama dalam arus pembangunan negara tenaga belia perlu digemblengkan secara bersepadu sebagai pekerja produktif dan kreatif yang menjadi sandaran dan harapan dalam memacu kepada pembangunan sosioekonomi negara.                                                     

“Melalui pelbagai pengisian aktiviti program ini juga mampu mempupuk generasi muda mempertingkatkan nilai jati diri dan memartabtkan semangat patriotisme negara” katanya. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangssabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan