Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Generasi muda amal gaya hidup hijau, 3R

Maximus Ongkili (kanan) meninjau pameran sempena Program Belia Hijau anjuran Yayasan Hijau Malaysia di Dewan Kuliah Pusat 1, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan. - foto ihsan UMS
Maximus Ongkili (dua dari kanan) meninjau pameran sempena Program Belia Hijau anjuran Yayasan Hijau Malaysia di Dewan Kuliah Pusat 1, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan. – foto ihsan UMS

LABUAN – Generasi muda diingatkan supaya mempraktikkan gaya hidup hijau termasuk pendekatan kitar semula iaitu 3R (Reduce, Reuse, Recyle) yang merupakan kaedah mudah tetapi berkesan jika diamalkan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, budaya itu wajar diberikan penekanan sewajarnya oleh golongan muda terutama ketika mereka masih menuntut lagi.

“Pelbagai pendekatan mudah boleh diamalkan dalam kehidupan seharian antaranya langkah penjimatan penggunaan elektrik dan air di asrama dan bangunan akademik seperti memadamkan lampu dan kipas jika tidak digunakan, memastikan paip air ditutup dengan ketat bagi mengelakkan pembaziran air dan sebagainya.

“Selain itu, amalan kitar semula iaitu dengan kaedah 3R merupakan usaha yang mungkin dilihat kecil dan mudah tetapi berkesan yang boleh kita amalkan seharian. Warga kampus juga digalakkan untuk mengguna bekas makanan biodegradable di kafeteria kolej,“ katanya.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hijau Malaysia berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Belia Hijau anjuran Yayasan Hijau Malaysia di Dewan Kuliah Pusat 1, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee dan Timbalan Pengarah Kampus, UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal yang mewakili Pengarah, Prof. Madya Dr. Murnizam Halik.

Dalam pada itu, Maximus meminta semua warga UMS Kampus Antarabangsa Labuan supaya dapat mengambil peranan dengan mempraktikkan amalan gaya hidup hijau dan dalam menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan