Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gencatan senjata lima hari

gencatan senjata

Baitulmaqdis: Israel dan pejuang Palestin di Gaza menggantung sebarang serangan semalam selepas perjanjian gencatan senjata terbaru bermula dalam keadaan goyah dengan serangan roket pada waktu malam.

 

Lewat kelmarin, perunding di Kaherah mencapai persetujuan di saat akhir untuk menyambung gencatan senjata sedia ada selama lima hari lagi.

 

Namun sebelum ia diumumkan, sekurang-kurangnya satu roket meledak di Israel sebelum diikuti lima lagi dalam tempoh beberapa jam seterusnya.
Tentera Israel berkata, satu lagi roket dapat dipintas di udara.

 

Jet pejuang rejim Zionis kemudian bertindak balas melalui empat serangan udara sebelum keadaan tenang kira-kira jam 3 pagi (8 pagi waktu Malaysia).

 

Kenyataan Kementerian Luar Mesir berkata, perjanjian melanjutkan gencatan senjata selama lima hari diterima kedua-dua pihak bagi membolehkan lebih banyak masa mereka berunding.
Pengumuman itu dibuat sejurus sebelum tengah malam (5 pagi waktu Malaysia).

Sementara itu Ketua Perunding Palestin, Azzam al-Ahmed mengesahkan gencatan senjata selama lima hari itu dan berkata, delegasi terbabit mencapai ‘persetujuan dalam banyak perkara’ mengenai isu menamatkan sekatan ke atas Gaza sejak lapan tahun lalu.
Namun, kata Azzam, mereka perlukan lebih banyak masa menyelesaikan pertikaian lain.
Di Israel pula orang ramai berkumpul di Tel Aviv mendesak kerajaan mencari ‘penyelesaian jangka panjang dan stabil’ untuk menamatkan serangan roket di selatan negara itu. – AFP

Komen


Berita Berkaitan